
Jatuh
Friday, 1 May 2015 04:19 0 critics
entah untuk yang keberapa kalinya,
aku jatuh lagi--
mudahnya aku jatuh,
mudahnya aku tersungkur,
aku jatuh pada kau,
buat masa ini masih kau pikul aku,
masih kau dukung aku,
belum tentu nanti bagaimana,
jujur,
harapnya pikulan kau berterusan,
dukungan berlamaan,
aku jujur aku harap.
kita punya banyak persamaannya,
kau dan aku ini,
dan itu.
kau mahu begitu,
aku juga mahu begitu,
kau mahu begini,
aku juga mahu begini.
entah kenapa juga kali ini,
aku sudah lain--
kali ini aku seakan tidak mahu dari segi yang selalu.
kali ini aku mahu dari segi yang lain,
aku mahukan,
hatinya yang jujur,
tingkahnya yang humor,
sifatnya yang rendah.
aku jatuh pada kau,
aku jujur,
aku jatuh.


“People say cruel thing and judge you, accept but never stressed out for it”