minta
Saturday, 2 May 2015 03:25 0 critics
diri terasa hina,
hina dengan penuh dosa, 
dosa lampau dan dosa mendatang, 
aku sesungguhnya manusia berdosa.

sedang aku melangkah, 
aku tersungkur, 
detik hati biar ku mati, 
walau ku tahu aku masih mampu berdiri.

aku minta mati.

aku mahu mati kerana tidak sanggup,
dosa ku laku rasa menyeksa batinku, 
aku mahu mati kerana tidak tertahan, 
dosa ku laku rasa menjerat leherku.


sedang aku tahu aku punya dosa semalam, 
aku laku lagi hari ini,
memangnya aku manusia jauh dari sempurna, 
jauh dari suci.

sedang aku tahu aku mungkin laku dosa lagi nanti, 
aku laku lagi hari ini, 
memangnya aku manusia jauh dari kebaikan.
jauh dari murni.

tuhan,
berikan aku sesuatu, 
sesuatu yang bisa buat aku ingati, 
yang dosa kelmarin masih baru ku laku,

tuhan,
berikan aku jalan, 
jalan yang bisa buat aku lupa,
yang bagaimana untuk melaku dosa.

amin--

|


Source by original, designer, quotes, photos and colors.