suffocating
Tuesday 8 March 2016 22:58 0 critics
I dont know where to start & I probably dont know how to say it. This is all started from the very first time we had something. Do you remember it? First time kita had something together. For the first time lelaki sentuh aku. Sentuh in the way like you do. Kau boleh faham sendiri.  I can swear like really, you're the first guy ever who i had something like this with. To be honest, i didnt felt anything extraordinary from the first time. Tak ada lah rasa pelik ke apa which mean, tak ada rasa anything different toward you. Tapi day by day, bila kita makin rapat & after we had something again & again, Im starting to felt something. Something different from bfr for sure. Tak tahu nak kata rasa apa. Tapi lain lah. Sebelum ni, tak banyak benda kau boleh buat aku rasa sakit hati. Tak ada benda pun yang kita nak argue kan. Tapi after all of this happened, benda kecik boleh jadi really big matter. I cant even hold myself for keep ignoring you for god sake. Aku mudah sangat rindu kau & that is why i keep forgiving everything that you've done. Bukan nak kata seminggu lah, 3 hari tak jumpa kau pun aku rasa allahu rindunya. Seeing you is really give me such a good healing. Im happy when im with you. Gila punya happy. As you know, youre the second after abah yang aku tunjuk manja aku, manja yang orang lain tak pernah dapat even Alif pun. Aku sebolehnya nak tunaikan apa je yang kau hajatkan. I want to be there for you. Im always trying to give the best of me for you. Wanna be pretty as i can even memang takkan cantik pun, im still trying. Sampai satu masa tu, I realized yang perasaan aku dah tak sama macam dulu dekat kau. It's different now but i cant really tells rasa tu rasa apa. I keep asking myself, is it possible for me to not feel anything toward you after we had something? Aku sendiri tak pasti. At first, aku macam ish takkan lah ada rasa apa. Youre my bloody kot. Takkan lah. Tapi entah. Ada satu hari tu, kawan aku cerita dekat aku pasal dia dng bestfriend perempuan dia. Cerita lebih kurang sama macam kita & aku cakap dekat dia, ala boleh je kan tak rasa anything, macam just have fun je & he said "pelacur pun sometimes boleh rasa something, ini kan pulak perempuan" but aku still yakinkan diri yang maybe im not like other girls sebab yela its you kot. Takkan lah. But when things getting hard & all i want is to be with you & bila aku trying to get away from you but i failed, baru aku sedar yang aku memang dah rasa something. Actually, we've changed alot doh. Seriously. How to explain eh? Seksa gila bila aku overthinking. Bila aku fikir yang i didnt mean anything dekat mana kau. Aku tak salahkan kau pun atas benda yang dah jadi tu. At first benda tak sengaja kan & after that terjadi pun aku tak salah kan kau sebab to be honest aku pun nak. Hahahahahahaha kantoi. Diam ah. So basically bukan salah kau pun either me. Benda barang jadi doh. Hahahahah diam. Bab, I didnt ask anything in return. Tak ada aku minta kau lebih lebih, minta kau being mine or anything. Aku just nak kau tahu & faham apa yang aku rasa & basically aku nak tahu yang kau rasa tak macam apa yang aku rasa? Did you feels something? Or perasaan kau sama je macam sebelum kita had something tu? Or it is just me? Aku nak tahu apa kau rasa. Can you tell me what you feel? #FriendWithBenefits4Lyfe 
alif ba ta
Monday 7 March 2016 13:34 0 critics
Ku usir dia berkali, 
Ku suruh dia pergi

Entah bagaimana, 

Dia masih ada disini, 
Dia masih teguh tidak pergi

Berkali ku ajukan soalan, 
Mengapa kau masih disini? 
Berkali ku minta kenyataan, 
Mengapa kau masih belum pergi? 

Dan entah mengapa juga, 
Disetiap pagiku, 
Masih ku cari,
Disetiap malamku, 
Masih ku ingin. 

Aku ini emangnya susah difahami, 
Kau tahu? 

Namun, 
Kau masih cuba mengerti. 

Terima kasih untuk itu, 

Bisa tidak kau berlama lama disini? 
Kerana aku sudah terbiasa ditemani, 
Jika kau pergi, 
Pasti akan aku meranapkan diri. 
si separuh aku
Monday 9 November 2015 10:49 0 critics
Belah dada aku, 
Lalu kau lihatlah kedalam, 
Apa ada kurangnya sayang? 

Belah dada aku,
Lalu lihatlah kedalam,
Apa ada kurangnya kasih? 

Mungkin kau tidak sedari,
Dirimu itu adalah sebelahnya aku.

Mungkin kau tidak fahami,
Dirimu itu adalah separuh dunianya aku.

Jika tercuit, teranap jiwamu,
Aku beribu rasanya kembali.

Jika teraduh, terjatuh ragamu,
Aku berjuta rasanya sakit. 

Si separuhnya aku, 
Walau ribut membandai kita, 
Jangan kau lemas hanyut ke laut,
Lalu tinggalnya aku.

Walau bergetar bumi menghancur kita,
Jangan kau ranap jatuh ke tanah,
Lalu seorangnya aku. 

Usah penat menyayangi aku, 
Usahlah kau letih fahami aku, 
Usahlah kau berhenti jadi kekuatan aku. 

Disini aku selitkan bersama,
Jiwa ranapku,
Untuk jadi saksi tanda janji,
Diri kamu tetap separuhnya aku, 
Hingga ke mati. 


gadis ranap
10:49 0 critics
Ada seorang gadis,
Sempurna akalnya,
Cukup fizikalnya,
Sederhana.

Mengadu, mengeluh sentiasa,
Katanya diri tidak sempurna,

Katanya diri tidak seperti dia.

Dia itu subjektif.

Dia yang punya segala, 
Punya wang,
Punya cinta,
Punya segala yang dirinya perlu.

Segala yang dirinya tidak punya.

Lalu dikatanya lagi,
Dirinya tidak sempurna.

Jiwanya ranap,
Terlalu rapuh jika dilihat dari dalam,
Sudah tiada semangatnya hidup,
Hilang hancur putihnya hati.

Sedang ia terjatuh, 
Dirinya minta mati, 
"Ambil saja aku, tiada apa lagi disini" 

Berkeras pintanya mati. 

Kasihan gadis itu, 
Dunianya ranap dek kerna tiada penyeri,
Jiwanya musnah dek kerna tiada tujuan,
Raganya hancur dek kerna tiada semangat. 

Hey gadis ranap, 
Andai saja bisa aku bantu jiwamu,
Andai saja bisa aku capai ragamu,
Andai saja bisa aku belai dirimu,

Namun,
Aku tidak mampu. 

Kerna aku juga, 
Sudah hancur, 
Dan ranap sepertimu, gadis--






minta
Saturday 2 May 2015 03:25 0 critics
diri terasa hina,
hina dengan penuh dosa, 
dosa lampau dan dosa mendatang, 
aku sesungguhnya manusia berdosa.

sedang aku melangkah, 
aku tersungkur, 
detik hati biar ku mati, 
walau ku tahu aku masih mampu berdiri.

aku minta mati.

aku mahu mati kerana tidak sanggup,
dosa ku laku rasa menyeksa batinku, 
aku mahu mati kerana tidak tertahan, 
dosa ku laku rasa menjerat leherku.


sedang aku tahu aku punya dosa semalam, 
aku laku lagi hari ini,
memangnya aku manusia jauh dari sempurna, 
jauh dari suci.

sedang aku tahu aku mungkin laku dosa lagi nanti, 
aku laku lagi hari ini, 
memangnya aku manusia jauh dari kebaikan.
jauh dari murni.

tuhan,
berikan aku sesuatu, 
sesuatu yang bisa buat aku ingati, 
yang dosa kelmarin masih baru ku laku,

tuhan,
berikan aku jalan, 
jalan yang bisa buat aku lupa,
yang bagaimana untuk melaku dosa.

amin--
rindu
Friday 1 May 2015 04:53 0 critics
aku rindu belaianmu,
aku rindu senda guraumu, 
aku rindu senyuman meleretmu, 

kadang, 
kamu datang jenguk aku, 
kamu kelihatannya tenang, 
kelihatannya senang disana. 

melihat dirimu begitu, 
aku gembira.
walaupun hanya dalam mimpi.

malam-malamku,
kadangnya ditemani air mata,
air mata kerinduan akan belaimu,
kerinduan senyumanmu.

kamu saja yang satu,
kamu saja yang ku punya,
kamu saja yang ku tahu.

dulu,
kalau ada saja rengekkanku,
kamu insan yang menadah telinga setia,
sedia memeluk mesra.

sekarang,
rengekan aku tak dilayan,
tiada yang menadahkan telinga sesetianya kamu,
pelukan yang kini tidak sesempurnamu.

nek, nantikan aku nek. 
aku akan menyusul, 
cepat atau lambat saja belum tentu.

tapi aku pasti menyusul nanti, 
nanti aku, nek--
Jatuh
04:19 0 critics

entah untuk yang keberapa kalinya,
aku jatuh lagi--

mudahnya aku jatuh,
mudahnya aku tersungkur,

aku jatuh pada kau,
buat masa ini masih kau pikul aku,
masih kau dukung aku,
belum tentu nanti bagaimana,

jujur,
harapnya pikulan kau berterusan,
dukungan berlamaan,
aku jujur aku harap.

kita punya banyak persamaannya,
kau dan aku ini,
dan itu.

kau mahu begitu,
aku juga mahu begitu,
kau mahu begini,
aku juga mahu begini.

entah kenapa juga kali ini,
aku sudah lain--

kali ini aku seakan tidak mahu dari segi yang selalu.
kali ini aku mahu dari segi yang lain,

aku mahukan,
hatinya yang jujur,
tingkahnya yang humor,
sifatnya yang rendah.

aku jatuh pada kau,
aku jujur,
aku jatuh.








Source by original, designer, quotes, photos and colors.